Kejahatan hawa nafsu, sifat2 dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja apa kejahatannya, pasti dalangnya ialah hawa nafsu.

Kita sibuk memperketatkan kawalan, disiplin dan undang2 tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang2 ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.

Undang2 walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pagar itu akan diterjah, rebah dipijak dan dijiinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang kali.